Tubuh Bersih, Malaysia Sihat - Pertandingan Protex Handwash Starz Search 2012 (Tempoh Pertandingan: 1 Mei – 14 Julai 2012)


    SYARAT – SYARAT PENYERTAAN

  1. Pertandingan ini terbuka kepada 50 buah sekolah rendah di Malaysia yang telah menyertai Program Pendidikan Protex “Tubuh Bersih, Malaysia Sihat” 2012 sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah secara berkumpulan, di bawah penyeliaan pihak sekolah masing – masing, dengan bimbingan guru.
  3. Setiap kumpulan tarian kreatif mempunyai 5 hingga 10 murid, & 1 guru pembimbing.
  4. Setiap sekolah boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan kumpulan.
  5.  

    CARA - CARA PENYERTAAN

  6. Penyertaan tarian kreatif ialah melalui RAKAMAN VIDEO.
  7. Berikut ialah format rakaman:
    • Berformat .mpg / .avi / .mp4 / .wmv
    • Berdurasi kurang dari 2 minit & 30 saat sahaja
    • Rakaman di jalankan di dalam kawasan sekolah sahaja.
  8. Tarikh tutup bagi penyertaan pertandingan ini ialah pada 25 Mei 2012, jam 5.00 petang.
  9. Berikut ialah panduan - panduan untuk pihak sekolah:
    • Lagu “Protex Handwash” akan di beri kepada setiap penyertaan
    • Tarian haruslah menonjolkan secara jelas, 7 Langkah Protex cara membasuh tangan yang betul
    • Tarian haruslah asli & menarik
    • Tema pakaian & persembahan yang menonjol
    • Pemilihan latar tempat yang menarik di dalam sekolah,
    • Bahan tambah nilai seperti efek bunyi, efek video dan sebagainya,
    • Sikap yang positif semasa tarian seperti senyuman, nyanyian dan sebagainya.

     

    DANA PERMULAAN

  10. 9. Pihak sekolah akan menerima dana permulaan sebanyak RM250.00 dari pihak Protex. Dana tersebut akan diberikan, setelah agensi yang dilantik (Paluan Sejati Sdn Bhd) menerima rakaman video itu daripada pihak sekolah.
  11.  

    PEMBATALAN KUMPULAN

  12. 10. Unsur – unsur politik, lucah, provokasi, biadap dan sebagainya TIDAK di benarkan di dalam rakaman video. Mana – mana kumpulan yang mempunyai unsur – unsur berkenaan, akan DI BATALKAN penyertaan.
  13.  

    PERINGKAT PENGADILAN

  14. Peringkat pertama:
    • Semua rakaman video yang memenuhi syarat pertandingan akan di muat naik dan dipamerkan di laman rasmi YouTube/Protex, www.youtube.com/ProtexMalaysia bagi tontonan umum pada 1 Jun 2012 hingga 30 Jun 2012.
    • 10 rakaman video “the most viewed/paling ramai di tonton” akan mara ke peringkat kedua.
  15. Peringkat kedua:
    • 10 rakaman video yang layak akan di nilai oleh juri (sila rujuk No.14 Kriteria Pemarkahan Juri)
    • 5 rakaman video terbaik akan mara ke peringkat akhir.
    • Keputusan 5 rakaman video terbaik akan diumumkan selewat-lewat pada minggu 6 Julai 2012.
  16. Peringkat akhir:
    • 5 rakaman video terbaik di peringkat akhir ini, akan di jemput (tertakluk kepada tempat pertandingan) di mana akan di adili oleh pihak juri, secara persembahan nyata.
    • Semua perbelanjaan pengangkutan, makanan, penginapan & sebagainya akan di tanggung oleh pihak penganjur.
  17. Kriteria pemarkahan juri:
    • Koreografi tepat berdasarkan 7 langkah membasuh tangan, mengikut lagu Protex Handwash yang di sertakan (40%)
    • Kreativiti persembahan (30%)
    • Keharmonian & Keserasian (15%)
    • Kostum pakaian (15%)

     

    HADIAH

  18. Hadiah – hadiah bagi peringkat akhir ini ialah:
    • Tempat pertama : RM 10,000.00
    • Tempat kedua : RM 7,000.00
    • Tempat ketiga : RM 5,000.00
    • Saguhati x 2 : RM 3,000
  19. Majlis Penyampaian Hadiah akan diadakan pada bulan Julai 2012 di Kuala Lumpur (tertakluk kepada perubahan).
  20.  

    CARA – CARA PENGHANTARAN

  21. Pihak sekolah boleh menghantar CD rakaman video itu melalui pos, kepada:
  22. Paluan Sejati Sendirian Berhad,
    80B & 82B, Jalan SS21/62
    Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

  23. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kiriman pos yang tidak di terima di sebabkan kekurangan bayaran pos. Bukti pos tidak boleh di jadikan bukti penerimaaan oleh penganjur.
  24.  

    PEMILIKAN HAKCIPTA

  25. Segala rakaman video yang di hantar oleh pihak sekolah adalah hak milik penganjur
  26.  

    PENAFIAN & HAK PENGANJUR

  27. Pihak penganjur tidak akan bertanggunjawab terhadap sebarang salah laku, kemalangan, tuntutan dan sebagainya, sepanjang pertandingan ini berlangsung.
  28. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang surat – menyurat tidak akan di layan.
  29. Dengan penyertaan partandingan ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan Syarat & Peraturan pertandingan ini, serta keputusan pihak juri.
 

ColgatePalmolive.com.my  |  Colgate.com.my  |  Legal Policies  |  Privacy Polices  |  Cookies Policy  |  Site Map  |  Contact Us
© Colgate-Palmolive Company. All rights reserved.
You are viewing the Malaysian site.